4.0 Konsep Stres
Stres adalah satu penyakit yang
sering dikaitkan dengan
kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada masa kini.Dari sudut bahasa stres membawa maksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah
kehidupan (Harunsani,2004 dalam Mohd
Taib dan Hamdan 2006). Menurut Mohd Salleh
(1994) stres adalah reaksi fizikal dan mental
seseorang akibat sesuatu
situasi yang menyebabkan ketidakselesaan dalam hidup. Ketidakselesaan ini boleh
memberi dua kesan berbeza kepada individu iaitu sama ada kesan positif
atau negatif. Stres pada kadar rendah adalah positif
kerana ia boleh menggerakkan individu untuk mencapai apa yang ingin dicapai.
Sebaliknya stres pada kadar tinggi boleh mendatangkan
kemudaratan seperti kemerosotan kesihatan atau perhubungan.
Di Malaysia masalahstres dalam kalangan guru memang hebat dibincangkan dan banyak kajian yang
telah dijalankan untuk mengkaji aspek ini. Mengikut Kyriacou (2000) stres guru ialah pengalaman guru
terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan,
kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai
Seorang guru. Bebanan tugas guru dan perubahan yang berlaku dalam sistem
pendidikan adalah antara faktor yang menyumbang
kepada masalah stres dalam kalangan guru.
4.1Jenis-Jenis Stres
Mengikut Cockburn
(1996) terdapat lima jenis stres yang dialami oleh guru
iaitu;
·
Stres ‘here and now’
Stres ‘here and now’ didefinisikan sebagai
stres yang wujud pada
sesuatu masa atau ketika. Contohnya; ketika peperiksaan, pertengkaran atau ketika
berlaku kemalangan.
·
Stres ‘anticipation’
Stres ‘anticipation’ merujuk kepada situasi di mana guru bertindak balas terhadap sesuatu perkara yang dijangkakan. Contohnya; apabila guru baharu dilantik untuk menjadi guru kelas dan terpaksa berjumpa dengan ibubapa dalam perjumpaan PIBG.
Sebagai guru baharu yang tiada berpengalaman, situasi ini boleh menimbulkan perasaan stress ‘anticipation’.
·
Stres imaginatif
Stres imaginatif wujud apabila individu akan berimaginasi tentang
sesuatu yang menakutkan atau negatif.
Sebagai contoh; anda tinggal bersendirian di rumah dan anda mendengar pelbagai bunyi di luar.
Secara tidak langsung anda akan mula mengandaikan bahawa terdapat pencuri di
luar yang sedang mencuba untuk menceroboh rumah anda.
·
Stres Reaktif
Stres reaktif ialah stres yang wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau. Ia berlaku secara semulajadi. Contohnya ialah apabila seseorang individu baharu sahaja kehilangan orang yang disayangi. Proses mengimbas semula pengalaman lampau ini akan menyebabkan stres reaktif berlaku.
·
Stres Negatif
Stres negatif ialah sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa
sama ada hari, minggu, bulan atau tahun. Ia boleh disebabkan
satu punca sahaja seperti masalah kewangan atau rumah tangga.
4.2 Punca-Punca Stres
Menurut Faizah dan Mazlan (2010), Punca stres kehidupan merangkumi
lapan faktor iaitu :
·
Gaya Hidup
a.
Disiplin pemakan yang tidak sihat.
b.
Gemar berbelanja menggunakan kad kredit walaupun ada kalanya
barangan yang tidak diperlukan.
c.
Tidak dapat membezakan
antara waktu bekerja
dengan waktu berehat
bersama –sama keluarga.
d.
Kurang melakukan senaman bagi menjaga kesihatan diri.
e.
Tidak dapat menyusun ritma tidur yang sistematik.
·
Kewangan
a. Mempunyai masalah disiplin kewangan yang teruk.
b.
Sifat individu yang tidak pernah merancang sebelum berbelanja.
c. Gaji yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan peribadi dan keluarga
d. Perancangan kewangan yang buruk.
e.
Kerap terganggu dengan masalah kewangan.
·
Personaliti.
a. Sukar untuk melahirkan perasaan gembira.
b. Tabiat terlalu banyak bercakap daripada mendengar.
c. Kerap tergesa-gesa untuk
menyiapkan sesuatu kerja.
d. Kerap mengambil keputusan tanpa berfikir
secara rasional.
e. Mudah marah walaupun terhadap perkara-perkara yang remeh dan
kecil.
·
Spiritual.
a. Tidak redha terhadap apa yang telah berlaku ke atas diri
sendiri.
b. Mudah menyalahkan orang lain.
c. Sukar untuk berasa tenang apabila menghadapi
sesuatu masalah atau dugaan hidup.
d. Sukar menjalinkan hubungan persahabatan.
e. Kurang bersabar dalam
menghadapi sesuatu keadaan terutamanya yang
melibatkan perkara-perkara yang sukar.
·
Peristiwa Hidup
a. Berasa diri tidak berguna.
Keadaan ini berlaku akibat sikap yang terlalu melihat
kelemahan diri dan aspek negatif berbanding aspek yang positif.
b. Seseorang yang mempunyai kenangan pahit yang sentiasa membelenggu kehidupan.
c. Berasa Tuhan tidak adil terhadap dirinya.
d. Kerap berasa kesunyian. Keadaan ini telah membuatkan individu itu merasa bosan dan stres.
e. Masalah sejarah perpisahan yang telah membuatkan diri merana dan sentiasa mengalami
stres.
·
Persekitaran
a.
Berasa lemas dan sesak
kerana terlalu ramai anggota keluarga
tinggal bersama-sama di dalam sebuah rumah.
b. Mempunyai masalah dengan jiran.
c.
Individu yang berasa bilik tidur
tidak selesa dan tidak sesuai untuk dijadikan
tempat berehat.
d. Mempunyai masalah dengan suasana kehidupan keluarga yang bising dan menyebabkan fikiran seseorang kusut.
e. Berasa tempat tinggal
sekarang terlalu sesak dan tidak selesa.
·
Perhubungan
a. Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja.
b. Berasa rakan-rakan sukar
untuk mendengar luahan perasaan yang hendak dikongsi.
c. Mempunyai masalah sukar
berasa gembira apabila bersama rakan.
d.
Berasa orang yang rapat dengan anda sukar untuk memahami diri
anda.
e. Mempunyai
sikap tidak selesa apabila bergaul dengan masyarakat
setempat.
·
Pekerjaan
a. Mempunyai sikap suka melambat-lambatkan kerja.
b. Mempunyai masalah dengan kawalan pelajar semasa mengajar.
c. Berasa jadual waktu mengajar yang diberikan kepadanya adalah membebankan.
d. Berasa kurang dihargai oleh pihak sekolah.
e.
Seseorang yang beranggapan bahawa dasar pelajaran membebankan dan terlalu banyak perubahan dilakukan.
·
Tanda-Tanda Stres

Ciri-ciri Psikologikal
· Mudah berasa bimbang, tertekan, keliru dan mudah meradang.
· Timbulnya perasaan kecewa, marah dan kebencian.
· Emosi terlalu sensitif dan sangat pasif.
· Memendam perasaan, menarik diri dan kemurungan.
· Kurangnya komunikasi yang berkesan.
· Timbulnya perasaan tidak mahu bergaul dan suka mengasingkan diri.
· Rasa bosan dan tiada kepuasan kerja.
· Keletihan pada mental, penurunan fungsi
intelektual dan kehilangan tumpuan.
· Kehilangan sifat spontaneity dan kreativiti.
· Menurunya rasa harga diri.

Ciri-ciri Tanda Tingkah Laku
· Suka melengah-lengahkan kerja, mengelak bekerja dan suka ponteng kerja.
· Menurunnya prestasi dan produktiviti
kerja.
·
Meningkatnya penggunaan alkohol, penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan terlarang.
· Kerap menunjukkan tingkah laku sabotaj dalam pekerjaan.
· Tabiat makan yang melampau dan peningkatan berat badan.
. Tingkah laku makan yang tidak normal
sebagai bentuk penarikandiri dan kehilangan berat badan dengan tiba-tiba dan kemungkinan hal berkombinasi dengan tanda-tanda kemurungan.
· Meningkatnya tingkah laku berisiko tinggi, termasuk cuai dalam memandu dan berjudi.
· Meningkatnya tingkah laku agresif, vandalisme dan jenayah.
· Menurunya kualiti hubungan dengan keluarga dan rakan.
· Membunuh diri atau cuba membunuh diri.

Ciri-ciri Tanda Fizikal
·
Meningkatnya denyutan jantung, tekanan darah dan
kecenderungan mengalami penyakit kardiovaskular.
· Meningkatnya rembesan hormon stres (contohnya, adrenaline dan
nonadrenaline)
· Mengalami masalah gangguan gastrointestinal termasuklah irritable bowel
syndrome, radang dinding usus besar dan ulser.
· Meningkatnya kecederaan dan kemalangan pada tubuh badan
· Keletihan fizikal dan berkemungkinan mengalami
sindrom keletihan yang kronik.
· Gangguan pernafasan, termasuklah gangguan keseluruhan bahagiannya.
· Gangguan pada kulit.
· Sakit
kepala, sakit pada bahagian bawah punggung dan
ketegangan otot.
· Rosaknya fungsi
imunisasi badan, termasuklah mempunyai risiko
tinggi untuk menghidapi kanser.
Rumusan
Stres boleh menjejaskan banyak aspek kehidupan individu. Bagi mengelakkan stresindividu itu perlu mengenal pasti situasi yang menimbulkan stres dan bagaimana
individu itu boleh mengendalikannya. Lebih banyak seseorang itu memahami tentang dirinya, maka pengendaliannya akan lebih baik.
4.3 BURNOUT DALAM KALANGAN GURU

Burnout diperkenalkan oleh Freudenberger (Wood, 2000). Burnout didefinisikan sebagai satu keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi,
keletihan dan suatu pencapaian yang semakin menurun. Keadaan ini menunjukkan keletihan dari segi emosi, mental, fizikal yang disebabkan
stres yang melampau dan berpanjangan. Keadaan ini akan menyebabkan
seseorang individu menjadi hilang minat dan motivasi untuk terus melaksanakan kewajipan serta tugas dalam kehidupan seharian.

Burnout akan menyebabkan individu jadi :
- pemarah
- bersifat sinis
- lemah semangat
- berasa tidak berguna
- berasa tidak berupaya
- kurang daya produktivitinyaKesan terakhir yang lebih teruk adalah individu tidak boleh berfungsi dengan baik lagi.

– rasa letih sepanjang masa, imuniti rendah, perubahan masa tidur dan
cara pemakanan, sakit kepala, sakit belakang dan otot.

– menarik diri daripada tanggungjawab, mengasingkan diri daripada orang
lain, menangguhkan tugas dan mengambil masa yang lama untuk menyempurnakannya, menggunakan bahan ubat atau alkohol untuk menangani masalah, memindahkan kekecewaan kepada orang lain, mengabaikan tugas, datang kerjalewat tetapi balik awal.

berasa diri gagal, ragu-ragu pada diri sendiri, kurang motivasi, tidak berupaya, kurang berpuas hati,
mengasingkan diri, imej semakin negatif dan sinis.

Selepas membaca bahagian ini anda akan tahu punca-punca yang menjadikan seseorang itu burnout.
Antara punca-puncanya:
- berasa tidak dihargai walaupun telah bekerja dengan penuh komitmen
- mengalami
stres dalam tempoh yang panjang.
- Kehendak pelanggan melebihi keupayaan guru, contohnya tekanan memenuhi
target peperiksaan sangat tinggi sedangkan jumlah guru
kurang).
- Kurangnya budaya mentor misalnya guru-guru baru biasanya memerlukan bimbingan daripada rakan yang lebih senior.
Namun budaya membimbing kurang dilaksanakan akibat setiap guru dibebani oleh pelbagai tugasan perkeranian.
- Tiada pengiktirafan dan ganjaran, ekspektasi tugas yang tidak jelas,
suasana kerja yang tidak bersistematik.
- dari segi sosial kerja yang terlalu kuat tanpa rehat, tiada masa untuk bersosial, diberi
tugas yang banyak tanpa bantuan, tidak cukup tidur dan kurangnya sokongan.
- personaliti guru sendiri
juga menjadi penyebab kepada burnout.

Jadual 4.1 Perbezaan di antara Stres dan Burnout
STRES
|
BURNOUT
|
Penglibatan diri yang keterlaluan
|
Pelepasan dari melibatkan diri
|
Menyebablkan perasaan cemas dan
hiperaktif
|
Menghasilkan ketidakupayaan dan
berputus asa
|
Kehilangan tenaga
|
Kemerosotan motivasi dan harapan
|
Mengakibatkan kegelisahan
|
Mengakibatkan pengasingan dan
kemurungan
|
Kecederaan secara fizikal
|
Terhiris perasaan
|
Mungkin menyebabkan maut terlalu
awal
|
Mungkin menyebabkan perasaan
seperti
hidup tidak bermakna
|
Cara-Cara Mengatasi Burnout
Peningkatan profesionalisme dalam pengurusan stres perlu dilaksanakan. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:
- bengkel pengurusan masa
- bengkel pengurusan stress
- bengkel pengurusan kewangan
- latihan rekreasi dan pemakanan
- peningkatan tahap ketahanan diri
- membentuk budaya saling memahami
- membentuk
suasana kerja yang kondusif
- meningkatkan kecerdasan emosi guru
- sambutan perayaan mengikut kaum yang terdapat di sekolah.
Rumusan
Dengan membaca modul ini sedikit sebanyak membantu anda lebih memahami
konsep burnout, tanda-tandanya, punca-punca yang menyebabkan burnout, serta cara-cara mengatasinya. Guru yang berkesan adalah guru yang dapat menangani masalah sendiri dan dapat
terus melangkah dengan melaksanakan tanggungjawab dengan
cemerlang serta membahagiakan diri sendiri.
LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TEKANAN EMOSI
Berikut ialah langkah-langkah menangani stres :
Uruskan Masa Dengan Efektif
Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan.
Pastikan kita mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.
Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol
Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom
tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stres pasti akan
kembali.
Rehat Seketika
Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan
kita berhenti rehat
seketika untuk meminimumkan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan.
Apabila kembali untuk menyambung
kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan
lebih efektif.
Kurangkan Gangguan
Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon,
tutup pintu bilik atau pergi
ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.
Makan Makanan yang menyihatkan
Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium.
Sekiranya bercadang untuk keluar
sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.
Lakukan Meditasi
Meditasi adalah senaman yang bagus dan menyihatkan.
Ini
termasuklah bernafas dalam-dalam yang dapat meningkatkan
kerehatan pada otot-otot tubuh. Jangan lupa juga untuk mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.
Berfikiran Positif dan Belajar
Mengawal Ketakutan
Elakkan daripada menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif.
Sebaliknya fokusdan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri sendiri setiap hari.
Jangan buang masa dengan berasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang
tidak dapat diubah atau dicapai.
Dapatkan Nasihat
Meminta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah.
Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stres. Jadi ambil peluanguntuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.
Belajar Katakan 'TIDAK'
Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapimasalah berkaitan kerja.
Dapatkan Tidur yang Cukup
Tidurlah sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari. Walau bagaimanapun seseorang
akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stres memikirkan dan menyiapkan kerja yang bertimbun.
Lakukan Senaman
Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Cara
ini akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran
secara semulajadi.
Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.
Rumusan
Secara keseluruhannya, gejala stres adalah suatu lumrah yang
tidak boleh kita elakkan.Hal ini kerana stres adalah suatu tekanan yang boleh memberikan manfaat
kepada seseorang, namun stres juga adalah punca kepada kegagalan dalam hidup.
Sekiranya stres ini tidak dibendung dan dihadapi dengan waras maka gejala yang tidak sihat akan menyerang diri dan mengakibatkan kemudaratan. Oleh itu, pendekatan mudah yang diberikan penekanan di atas terhadap cara-cara menangani stres dapatlah membantu kita dalam meneruskan hidup untuk mencari nafkah dan
sebagainya dengan lebih baik dan sistematik.
No comments:
Post a Comment