1)Pendahuluan
· Golongan
guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari
semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati.
· Oleh
yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah
diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang
lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
· Dalam
konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan
dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002.
· Di
samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi
menjayakan matlamat pendidikan negara.
2) Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002)
· Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 dan mula
berkuatkuasa pada 20 Jun 2002.
· Pindaan ini melibatkan
Peraturan 2 iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut “Peraturan-Peraturan
ibu”. Dalam peraturan ini, pindaan dibuat terhadap peraturan 2 dengan memotong
subperaturan 2(2).
· Tujuan utama peraturan
adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.
· Tindakan tatatertib
merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati
melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah lakumereka
pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapatdijadikan panduan kepada
orang lain.
3) Rasional Peraturan Tatatertib ini
dilaksanakan adalah untuk memastikan pegawai awam;
· melaksanakan
tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;
· meletakkan
kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri;
· menjaga
imej perkhidmatan awam; dan
· yang
melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum.
4) Faktor penurunan kes ini adalah
seperti yang berikut;
o Program Latihan dan Taklimat
o Perkhidmatan Kaunseling
o Penguatkuasaan Peraturan-peraturan
Tatakelakuan
5) Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (Pindaan) 2002
(P.U.A.246). yang telah mula diKuatkuasakan pada 20.6.2002,antara
peraturan yang dimasukkan dalam peraturan ini adalah seperti yang berikut;
· Jenis-Jenis Kesalahan Yang
Membolehkan Diambil Tindakan Tatatertib.
· Jenis-Jenis Tindakan Tatatertib
Yang Boleh Diambil Terhadap Pegawai Yang Melakukan Kesalahan
· Hukuman
Tindakan Tatatertib PERATURAN 3A
Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar
· PERATURAN
3B
Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana
yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan,
Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan
· PERATURAN
3C
Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan
kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil
tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana pegawai yang melanggar
mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini
Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau
gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana
peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dan tidak
bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
· Peraturan 4
(1)
Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan
taat setianyakepada Yang di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.
Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan
mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-
undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran
peraturan 4(1) adalah seperti berikut;
• Bersubahat dengan musuh
negara
• Membocorkan rahsia
Kerajaan.
• Memburuk-burukkan serta
memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan.
• Menjadi Anggota Jemaah
Islamiah
• Menyertai Kesatuan
Militan Malaysia
6) Peraturan 4(2) Seseorang
pegawai tidak boleh ;
· membelakangkan tugas
awamnya demi kepentingan peribadinya;
· berkelakuan dengan
sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah
dengan tugas awamnya);
· berkelakuan dengan
apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa;
· Seseorang pegawai tidak
boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan /mencemar nama baik
perkhidmatan awam;
· Seseorang pegawai tidak
boleh kurang cekap atau kurang berusaha;
· Seseorang pegawai tidak
boleh tidak jujur atau tidak amanah;
· Seseorang pegawai tidak
boleh tidak bertanggungjawab;
· membawa atau cuba
membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar
· Membantah atau melawan
pegawai atasan;
· cuai dalam melaksanakan
tugasnya;
7) PERATURAN 7: Menyalahgunakan
Dadah,Perkhidmatan Pegawai Boleh ditamatkan Atas Kepentingan Awam [Peraturan
49] sekiranya Pegawai Mencapai Umur Persaraan Pilihan. Contoh Pelanggaran
Peraturan 7 adalah menghisap ganja, morfin, heroin atau menagih dadah.
8) PERATURAN 9 : MENERIMA/ MEMBERI KERAIAN;
Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima / memberi
keraian sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas
rasmi kerana ini bercanggah Peraturan 4. Contoh pelanggaran peraturan 9 pula
adalah seperti kontraktor meraikan ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga
tender seperti [keraian = belanja makan, hotel, tambang bercuti dan lain-lain].
9) PERATURAN 11 : Menyenggara Taraf Hidup
Melebihi Emolumen/ Pendapatan Yang Sah.
Seseorang pegawai tidak boleh;
· menyenggara
taraf hidup melebihi emolumen/ pendapatan yang sah.
· menguasai/memiliki
sumber kewangan atau harta yang tak seimbang atau tak munasabah dengan
emolumen/ pendapatan yang sah.
10) PERATURAN 12 : meminjam wang/ menjadi penjamin
tidak boleh meminjam wang / menjadi penjamin kepada mana-mana orang.
11)PERATURAN 13: Keterhutangan Kewangan yang Serius;
12)PERATURAN 16 : Tidak boleh terlibat dalam pasaran hadapan
13)PERATURAN 18 : Penerbitan Buku dan Karya;
Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan atau menulis
buku, makalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. Antara
CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 18 adalah seperti menulis/menerbit buku dengan
menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit).
14)PERATURAN 20 : Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal
Seorang penjawat awam adalah tidak boleh menjadi penyunting
akhbar/
majalah/jurnal kecuali, penerbitan;
· Jabatan
· Profesional
· pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik
· diluluskan secara bertulis oleh ketua
jabatan
15)PERATURAN 6 - PAKAIAN
Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah seperti;
· Memakai
singlet atau baju-T, tanpa kolar
· Memakai
sarong, seluar pendek dan lain-lain
16) Rumusan Peraturan;
· Tingkatkan mutu
perkhidmatan
· Halng penyelewengan
· Haling rasuah
· Banyak beri pengajaran
· Langkah pencegahan
17) Akta Pendidikan 1996
· merupakan
lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.
· bertujuan
memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk
menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.
· Akta
ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956yang menjadi asas dasar
pendidikan kebangsaan.
· Akta
baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta
Pelajaran 1961.
18) Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah
untuk;
· memperluaskan
skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.
· Untuk
memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan
aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagaipusat kecemerlangan pendidikan yang
bermutu tinggi.
· Untuk menggariskan
perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.
· mencakupi
perundangan pada tahap prasekolah hingga tahappendidikan tinggi
termasuk kerajaan dan sawasta.
memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utama.
penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah
melalui kurikulum kebangsaan.
menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama.
Pendidikan Islam diperluaskan untuk pelajar Islam.
memperluaskan bidang kuasa Menteri Pendidikan.
mempertingkatkan pendidikan teknikal.
memperkukuhan latihan perguruan.
pendidikan swasta yang lebih sistematik.
memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.
19) Antara kandungan Akta Pendidikan 1996;
· Seksyen
16: telah memberikan kategori kepada sekolah di Malaysia, tiga kategori iaitu
kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. ini boleh menampung dengan jelas
keperluan kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya.
· Seksyen
17(2), memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua
sekolah.
· seksyen
18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan
yang dikecualikan.
· Seksyen
19 memperuntukkan semua sekolah menyediakan pelajar untukPeperiksaan Awam,
melainkan yang dikecualikan.
· Seksyen
37 dan seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau
program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan
dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.
· seksyen
47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) mengadakan kursus
peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan
universiti atau institusi pendidikan tinggi lain.
· seksyen
40, yang membolehkan Menteri mengadakan kelas pendidikan khas di
sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah.
· Seksyen
50 memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua
sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih pelajar Islam.
· Seksyen
69 semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam perlu mendapatkan
kebenaran dari Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.
· Seksyen
77 menjelaskan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program
"twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis
dari Menteri terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment