BAB
1 ISU
DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA
1) Pengenalan;
· usaha
untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan
budaya merupakan suatu perkara yang mencabar.
· penekanan
kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif)
· pastikan
kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan.
· Pendidikan
adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting
untuk memupuk integrasi antara kaum.
· memerlukan
tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara
· pendidikan
adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh saingan.
2) INTEGRASI NASIONAL;
· Akibat keretakan
integrasi nasional
· Perbezaan budaya dan
agama
· Ketidakpuasan hati
· Kedudukan Geografi
3) Cabaran mewujudkan satu sistem
sosial;
· Agama dan kebudayaan
· Dasar Penjajah British
· Sistem pendidikan,
persekolahan dan bahasa yang berlainan
· Amalan ekonomi yang
berlainan
· Perbezaan politik
mengikut bangsa, kaum dan etnik
4) Halangan Integrasi Nasional;
· Perbezaan budaya dan
agama
· Dasar Penjajahan
· Sistem Pendidikan
· Amalan Ekonomi
· Perbezaan politik
5) Pupuk Integrasi Nasional Melalui
Dasar Pelajaran;
· Sistem Pendidikan Kebangsaan
· Agenda Memperkasakan SK
· Penerapan Nilai
· Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan
· Konsep Sekolah Wawasan
· Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum
· Perkasakan bahasa Kebangsaan
· Pemantapan Aktiviti
· Pupuk Kefahaman
· Dasar Pelajaran kebangsaan
§ menggunakan sukatan pelajaran,
§ buku teks, peperiksaan,
§ pakaian seragam,
§ sistem latihan guru dan
§ bahasa penghantar yang sama
6) Usaha bagi memastikan matlamat
perpaduan kaum dan integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan;
· melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan
· menjadikan agenda memperkasakan SK
· menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan
seni budaya dilaksanakan secara sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang
bersesuaian.
· memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan pada tahun 2003
· memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan
· melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan
semangat patriotisme secara berterusan melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
7) Pupuk Integrasi Nasional Melalui
RIMUP;
· Modul Aktiviti Kecemerlangan Akademik
· Modul Aktiviti Kesukanan dan Permainan
· Modul Aktiviti Kokurikulum
· Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat
· Modul Aktiviti Meningkatkan Patriotisme
8) Tindakan KPM Untuk Pupuk Integrasi
Nasional;
· Sekolah sebagai alat perpaduan
· Sistem persekolahan yang sama
· Penggunaan Bahasa Melayu
· Pendedahan kepada nilai
· Seminar/forum
9) Penglibatan Komuniti Setempat
Untuk Pupuk Integrasi Nasional;
· Program Permuafakatan Masyarakat
· Hari Keluarga
· Acara Kebudayaan
· Sambutan Perayaan
· Aktiviti Kokurikulum
· Bulan Kemerdekaan
· Lawatan ziarah
· Bina Insan
10) Melalui aktiviti yang dijalankan tersebut, secara
keseluruhannya diharapkan akan dapat mencapai objektif seperti yang
berikut;
· meningkatkan
kefahaman pelajar mengenai kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malaysia.
· menimbulkan
rasa hormat terhadap kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum.
· menanamkan
kesedaran bahawa unsur kebudayaan adalah penting untuk menyemarakkan
suasana harmoni dan semangat toleransi antara kaum.
· menyemai
dan memupuk nilai-nilai mulia yang dapat menjalinkan hubungan silaturahim
antara pelajar berlainan latar belakang, agama, budaya dan adat resam.
11) PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN;
· Semua
dapat hak yang sama
· Sekolah
dapat kemudahan yang sama
· Sekolah
Wawasan,kongsi kemudahan
· Sekolah
satu aliran
· Amalan
kehidupan
· Peluang
pendidikan yang sama
· Persamaan
hak
· Peluang
yang luas
· Pembangunan
sumber manusia
12) Tumpuan Dalam Pendemokrasian Pendidikan;
· Basmi
buta huruf
· Pendidikan
universal
· Penyediaan
infrastruktur
· Guru
terlatih yang mencukupi
· Pra
sekolah untuk semua
13) Strategi pelaburan dalam bidang pendidikan
· Pendidikan asas perlu
disediakan kepada semua kanak-kanak dan orang dewasa sesuai dengan sumber yang
ada. Dalam jangka masa panjang sistem pendidikan formal dan tidak formal perlu
dibangunkan pada setiap peringkat pendidikan.
· Untuk meningkatkan produktiviti dan
memperluaskan ekuiti sosial,peluang pendidikan perlu disediakan tanpa
mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan status sosioekonomi.
· Sistem pendidikan perlu cuba meningkatkan
kecekapan dalaman dalam pengurusan.
· pengagihan dan penggunaan sumber sedia
ada untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan.
· Pendidikan patut mempunyai kaitan
dengan kerja dan persekitaran dalam usaha untuk meningkatkan kuantiti dan
kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu untuk perkembangan ekonomi,
sosial dan lain-lain.
14) Rumusannya: Tumpuan Bank Dunia Dalam Pendidikan
· Pendidikan
asas
· Pendidikan
wajib untuk semua
· Kecekapan
dalam pengurusan
· Pengagihan
sumber
· Keperluan
dengan pasaran kerja
15) Pendidikan Negara
· Pelbagai
peringkat
· Kurikulum
yang sama
· Penubuhan
sekolah agama rakyat
· Peningkatan
bilangan pelajar ke universiti
· Pendidikan
swasta
· Pendidikan
untuk semua
· Pengagihan
sumber kewangan
· Pendidikan
sawarjagat
· Pertambahan
guru dan bilangan kelas
· Pendidikan
Bertaraf Dunia
· Pendidikan
berterusan
· Pendemokrasian
pendidikan
· Pendidikan
berkualiti
16) TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO;
· Tonggak
Pendidikan UNESCO adalah berdasarkan kepada;
§ pelajar belajar untuk tahu
§ belajar untuk membuat
§ belajar untuk menjadi apa
§ belajar untuk hidup bersama
17) Kejayaan Sekolah Menurut UNESCO;
· Pengurus
punyai kuasa autonomi
· Memperkasakan
kapasiti
· Struktur
terurus
· Ukuran
prestasi
· Pemantauan
prestasi
· Kawalan
sumber
· ketelusan
18) Menurut laporan Unesco (2005), kuasa autonomi bagi
menguruskan perjalanan sekolah secara keseluruhannya;
· pengurusan
sekolah mesti mempunyai strategi untuk memperkasa kapasiti dan
kepemimpinannya.
· sekolah
perlu mempunyai maklumat tentang prestasinya untuk mengukur kekuatan,
kelemahan dan prioritinya.
· sekolah
memerlukan struktur yang terurus dan professional.
· kerajaan
pusat perlu terus memainkan peranan kritikal terutamanya dari segi pemantauan
prestasi sekolah.
· sekolah
perlu mengawal sumber-sumber.
· pengurusan
sekolah mesti telus.
19) Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO;
· Memenuhi
keperluan pembelajaran asas
· Membentuk
wawasan
· Akses
kepada universal
· Focus
terhadap pembelajaran
· Perluaskan
skop
· Penambahbaikan
persekitaran
· Perkukuhkan
perkongsian
· Pembangunan
dasar
· gerakkan
sumber
· perpaduan
antarabangsa
20) Dasar KPM dan kaitannya dengan Tonggak Pendidikan
UNESCO;
· Perkembangkan
potensi individu
· Tingkatkan
kreativiti
· Sistem
pendidikan yang cekap
· Pusat
kecemerlangan pendidikan
· Tingkatkan
martabat pendidikan
21) Tujuan KPM untuk membentuk pembangunan
insan yang seimbang adalah seperti yang berikut;
· Memperkembang
potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang
daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
· Meningkatkan
kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar.
· Membudayakan
sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat.
· Menyediakan
sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia.
· Menjadikan
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
· Meningkatkan
martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.
22) Pembangunan Modal Insan KPM;
· Perkembangkan
potensi
· Punyai
pelbagai kemahiran
· Bentuk
peribadi
· Kemahiran
berkomunikasi
· Kemahiran
ICT
· Pembelajaran
sepanjang hayat
· Nilai
yang tinggi
23) Cabaran KPM adalah untuk menyediakan
generasi muda Malaysiadengan seluas-luas peluang dengan cara;
· memperkembangkan
potensi diri bagi setiap pelajar.
· melengkapkan
diri pelajar dengan pelbagai kemahiran.
· membentuk
ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka
berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
24) Pembangunan modal insan juga termasuk
melengkapkan diri pelajar dengan;
· kemahiran komunikasi berkesan.
· kebolehan menggunakan ICT dengan baik.
· berfikir secara kreatif dan kritis.
· mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
· nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi
pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.
25) Pendidikan Berterusan;
· Institusi
diperbanyakkan
· Bekalkan
kemahiran
· Memenuhi
guna tenaga sumber manusia
· Ahli
masyarakat yang berfungsi
· Pemahaman
kritikal
· Bijak
menggunakan masa lapang
· Belajar
sukarela
· Sedar
kepada biografi
· Merancang
kerja
· Perkembangan
bakat
· Bentuk
konsep kendiri
26) Beberapa alasan mengapa trend tersebut wujud dalam
kalangan masyarakat;
· Memberi
peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat sekolah tinggi
untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat berfungsi
dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan.
· Memperoleh kemahiran
pekerjaan peringkat tinggi.
· Memperoleh
kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorangahli masyarakat yang berfungsi lebih
efisien dan dapat menjadi seorang pengguna yang lebih pintar.
· Membangunkan
pemahaman kritikal daripada masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat
serta berupaya mengambil bahagian secara aktif dalam masyarakat dengan tujuan
mencapai keadilan sosial.
· Membangunkan
sikap menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi memperoleh
pengetahuan yang diperlukan.
· Membangunkan
sikap belajar secara sukarela.
· Membantu
orang dewasa menjadi lebih sedar pada biografisendiri dalam hubungannya dengan
masyarakat secara keseluruhannya.
· Membantu
orang dewasa dalam merancang kerjaya dan mencapai matlamat yang
bererti.
· Membolehkan
individu membangunkan kelebihan-kelebihan terpendam dan
mempertingkatkan konsep kendiri individu tersebut.
27) Pendidikan Seumur Hidup adalah bertujuan
untuk;
· Menyediakan
dan memberi galakan latihan dalam teknologitinggi dengan memberi
penekanan kepada kepelbagaian kemahiran.
· Membangunkan
program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam
industri.
· Mewujudkan
program e-Latihan.
· Mewujudkan
persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam
perkhidmatan awam.
· Menggalakkan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan dewasa dan
Pendidikan Berterusan.
· Menggubal
polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti, masjid, dewan
orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi program Pendidikan Berterusan.
· Melancarkan
Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan seumur hidup.
28) Rumusannya; Pendidikan Seumur Hidup;
· Galakan
dalam teknologi
· Pembangunan
pgram latihan
· E-learning
· Persekitaran
yang mesra
· Penggunaan
institusi
· Kempen
di peringkat kebangsaan
29) Globalisasi Dalam Pendidikan;
· Cabaran
globalisasi dalam pendidikan adalah dari segi yang berikut;
· Keperluan
terhadap pembelajaran berterusan.
· Inovasi
dalam pelaksanaan kurikulum
· Penggunaan
teknologi telekomunikasi dan maklumat.
· Pengurusan
pendidikan.
· Pembentukan
jati diri pelajar.
· Kualiti
guru.
30) Perlu kepada perubahan kurikulum;
· Antara
perubahan yang dapat diperhatikan adalah seperti yang berikut;
· Sekolah
Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran
dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
· Projek
Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network
(LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan
pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar.
· Projek
Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar
mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi
sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
· Projek
Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran
dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan
berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik
dengan rakan dan guru.
31) Persediaan menghadapi persaingan global iaitu dari
segi;
· Mempunyai budaya pembelajaran
sepanjang hayat.
· Mempunyai kebolehan
untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa.
· Menguasai kemahiran
teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian.
· Bersedia dari segi kognitif untuk
tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana
pengetahuan baru.
· Menjadi warganegara
yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya.
32) Kesan Globalisasi Pendidikan;
· Pembelajaran sepanjang
hayat
· Kebolehan berkomunikasi
· Kemahiran teknologi
· Kesediaan kognitif
· Warganegara
bertanggungjawab
33) Cabaran Globalisasi;
· Kesediaan guru
· Kurang rasa kepunyaan
· Pertambahan beban
· Kekurangan sokongan
pengurusan
· Pengurusan pendidikan
· Sikap guru
· Perbezaan tahap
pengetahuan
· Perubahan yang kerap
· Penggunaan teknologi
· Pembentukan jati diri
· Budaya sekolah
· Perkembangan
profesionalisme guru
34) Pembelajaran Berbantu Komputer;
· Perisian latih tubi
· Perisian tutorial
· Perisian simulasi
· Perisian permainan
· Perisian penyelesaian
masalah
35) Pengurusan Maklumat Sekolah Menurut Rahmad
Sukor (2006);
· Permudahkan urusan
· Tingkatkan kecekapan
· Kurangkan beban
· Jimatkan masa
· Penempatan pelajar
· Pengagihan jadual waktu
guru dan pelajar
· Pengagihan sumber
· Rekod stok dan
inventori
36) Perkembangan Profesionalisme Guru;
· Memimpin perubahan
· Utamakan daya
pengeluaran
· Perkembangan semasa
· Perkembangan teknologi
· Perubahan inovasi
37) Cabaran membentuk Perkembangan Profesionalisme
Guru;
· Berupaya memimpin
perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas.
· Mengutamakan daya
pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya.
· Sentiasa mengikuti peredaran
masa.
· Memahami perkembangan
teknologi.
· Mempunyai sifat berani,
mahu mencuba idea baru dan inovatif
38) Fuller (1975) dalam kajian perkembangan
profesionalisme guru mengkategorikantingkah laku guru kepada tiga tahap
iaitu;
· Tumpuan Berkaitan
Peribadi
· Tumpuan Berkaitan Tugas
· Tumpuan Berkaitan
Kesan.
39) Hall dan Loucks (1978) pula dalam kajian
lanjutnya telah memurnikanklasifikasi tumpuan tersebut kepada tahap
berikut;
· Tumpuan Tiada
Berkaitan: Guru tidak mahu mengambil tahu apa-apa perubahan yang berlaku
di sekolah.
· Tumpuan Berkaitan
Peribadi: Guru melihat keupayaan diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu
tugas terutama dari segi kemahiran dan pengetahuannya. Aspek lain yang diberi
tumpuan adalah berkaitan keluarga, kesihatan dan penggunaan masa senggangnya.
· Tumpuan Berkaitan
Tugas: Guru cenderung untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan sentiasa
berusaha menghasilkan yang terbaik terutama dari segi pengajaran dan
pembelajaran.
· Tumpuan Berkaitan
Kesan: Guru mempunyai visi yang jelas terhadap peranannya sebagai pendidik
secara holistik dalam konteks kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum dan
implikasi kurikulum terhadap kemajuan negara.
40) Impak Globalisasi Kepada Perkembangan
Profesionalisme Guru;
· Berdaya saing
· Hubungan sumber
pendidikan
· Kemahiran berbahasa
· Komunikasi rentas
budaya
· Produk dan perkhidmatan
· Keupayaan nilai
antarabangsa
· Peningkatan bilangan
institusi
· Penyebaran teknologi
· Cita rasa global
41) Kesan Negatif Globalisasi;
· Negara lemah ditindas
· Ketidakadilan
perkongsian
· Pemantauan yang
mendalam
· Permintaan pasaran
tenaga kerja
· Meminggirkan bahasa
melayu
· Terbuka kepada
persaingan tidak sihat
· Pengkomersilan
pendidikan
· Penafian pendemokrasian
pendidikan
· Penghayatan ilmu
terhakis
42) Kepelbagaian Budaya;
· Perlu keadilan
· Peluang pendidikan
kepada semua
· Pupuk melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum
· Program sekolah
berkembar
43) Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard
Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia (2001), proses pengajaran dan
pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang
digariskan. Antaranya adalah seperti yang berikut;
· Pendekatan, kaedah dan
teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan pelajar secara aktif.
· Berpandukan bahan-bahan
sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan
pelajar.
· Penilaian dan
penambahbaikan P&P secara berterusan.
44) Kepelbagaian sosio budaya pelajar haruslah ditangani dengan
bijak. Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa cadangan yang boleh
dilaksanakan untuk menjayakan isi tersebut, antaranya adalah seperti yang
berikut;
· Menjadikan
sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan
dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah
kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha
bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
· Mengimbangi
penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan
pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
· Memastikan setiap pelajar
yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam
tanpa mengira latar belakang.
· Meminda Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif
dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah
mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
· Memastikan pelantikan naib
canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan
kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
· Memperbaiki mutu
dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan
Sarawak.
· Meningkatkan mutu
pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru
terlatih mengikut permintaan.
· Menyediakan
peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya
pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan
perkembangan semasa.
· Mengkaji kembali
skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang
mengajar di pedalaman.
· Menyediakan
biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewanganlain berasaskan keperluan dengan
keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
· Menekankan betapa
mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa
Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga
bahasa-bahasa ibunda.
· Menyediakan
tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
· Meluaskan skop
Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan
pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang
memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma
Muadalah (diploma berkembar).
45) Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya;
· Sekolah kebangsaan
sebagai peneraju
· Kelayakan pelajar jadi
penentuan
· Pindaan akta
· Tingkatkan kemudahan
· Tingkatkan mutu
pendidikan guru
· Peluang latihan
· Biasiswa kepada yang
berkelayakan
· Kuasai pelbagai bahasa
46) Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK);
· Suasana lebih kondusif
· Mudah hasilkan bahan
· Kepelbagaian media
· Maklumat pelbagai
47) Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan
teknologi maklumat iaitu;
· teknologi maklumat
adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan
menggunakan teknologi.
· memanipulasikan
maklumat dan proses semula imej.
· proses berkomunikasi
iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk
berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
48) Perubahan Teknologi Maklumat;
· Kuasa penggerak
· Pelaksanaan
· Pemudahan bertindak
· Kaedah perubahan
· Permulaan perubahan
49) Implikasi TMK;
· penggunaan komputer
dalam sistem organisasi yang mampumerubah cara kerja dan penyesuaian
pekerja dengan sesuatu tugasan.
· menjadikan sesuatu
keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi menjadi lebih terancang
dan telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan
terdapat perkara kerahsian.
· mampu untuk mengawal
selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam
perlaksanaannya.
· kemampuan sistem
komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem komunikasi juga akan
lebih menjurus kearah berkomunikasi secara interpersonal dan bukan
secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi.
50) Komputer Dalam Pendidikan;
· Pendidikan jarak Jauh
· Reformasi dalam
pendidikan
· Mudah beri maklumbalas
· Sebagai bahan
pengajaran pembelajaran
· Alat komunikasi
· Memudahkan pemahaman
51) GEJALA SOSIAL;
· Pengkelasan
masalah sosial boleh dipecahkan kepada 3 Bahagian iaitu;
· Jenis kesalahan jenayah seperti
mencuri basikal, melawan guru, bertumbuk sesama pelajar, berjudi dan mencuri
kertas soalan ujian.
· Jenis kesalahan
gengsterisme seperti menjadi ahli kumpulan geng, mengutip duit ‘pau’
daripada pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan lain, memaksa kumpulan
lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan berkelakuan seperti samseng.
· Jenis kesalahan kurang
sopan dan biadab seperti menghisap serta menyimpan rokok, mengganggu
pelajar perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah, minum serta
menyimpan minuman keras, berbohong, berambut panjang, mengeluarkan kata-kata
lucah, menonton dan menyimpan filem lucah dan lain-lain.
52) Punca Gejala Sosial;
· Globalisasi dan
modenisasi
· Keruntuhan institusi
keluarga
· Media-massa
· ICT
· Kelemahan undang-undang
· Sikap remaja
· Sikap ibu bapa
53) Kesan Negatif;
· Kepada individu sendiri
· Menjejaskan negara
· Keruntuhan nilai agama
54) Tangani Gejala Sosial;
· Peranan ibu bapa
· Peruntukan
undang-undang
· Pendekatan akademik
· Didikan agama
· Peranan ahli masyarakat
55) Kesimpulan;
· Antara cabaran
yang perlu ditangani dan diatasi adalah seperti yang berikut;
· pemupukan Integrasi
Nasional
· melaksanakan Pendemokrasian
Pendidikan
· menjadikan
Tonggak Pendidikan UNESCO sebagai panduan
· menghadapi Globalisasi
Dalam Pendidikan dengan jayanya
· menangani Kepelbagaian
Budaya dengan penuh berhemah
· menggunakan Perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan sepatutnya
· berjaya
mengatasi setiap Gejala Sosial yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di
negara ini.
No comments:
Post a Comment