guru dan cabaran semasa

guru dan cabaran semasa

Sunday, 22 February 2015

BAB : 6 PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

6.0 Kepentingan Inovasi dan Perubahan Pendidikan

Menurut Noriati (2010) inovasi diertikan sebagai suatu cara atau pendekatan terkini dalam melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan manusia. Matlamat inovasi menjadikan kehidupan manusia itu lebih baik yang mendorong kea rah peningkatan produktiviti. Manakala perubahan pula 
merujuk kepada masyarakat yang mengalami globalisasi perlu sentiasa melakukan 
perubahan dalam pendidikan sebagai suatu keperluan  bagi  memastikan  amalan  yang  
diguna pakai  relevan  dan diterima (Swenson, 1997 dalam Noriati).

Jika dilihat pada hari ini perkembangan yang berlaku dalam bidang Teknologi
  Maklumat  adalah  begitu  pantas.  Penggunaan  komputer  riba telah menjadi suatu
 keperluan, manakala desktop dianggap ketinggalan zaman. Konsep dunia tanpa    sempadan telah menular dalam dunia pendidikan. Pelajar hari ini boleh mendapatkan
 pelbagai maklumat dan data dari perpustakaan maya. Jelaslah bahawa matlamat 
inovasi pada hari ini akan menghasilkan perubahan yang positif iaitu;

·         Mampu melahirkan sebuah masyarakat dan negara kreatif.

·          Menjadikan pengajaran lebih menarik kerana menggunakan bahan bantu 
           mengajar yang pelbagai & kreatif.

·         Dapat mengembangkan bakat & potensi pelajar.

·         Penyampaian nilai-nilai P&P dapat dijalankan dengan berkesan.

·          Meningkatkan    kualiti    pendidikan    dan    dapat    meningkatkan     kecekapan 
          tenaga pendidik.

·          Menjana idea kreatif pelajar seterusnya dapat menarik minat pelajar untuk belajar

Sebagai penegasannya, kaji dan bincangkan ucapan yang dikemukakan di bawah.

“......adalah  menjadi  satu  keperluan untuk  kita  melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan negara, menjadikannya relevan bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan semasa, malahan membina keupayaan (capacity building) untuk mendepani cabaran masa depan”.(Ucapan  YAB  Dato’  Seri  
Hishamuddin  Tun  Hussien  (2007),Menteri Pelajaran Malaysia)
6.1 Strategi Pengurusan Inovasi Dan Perubahan

Pengurusan perubahan membawa maksud sesuatu yang berubah daripada 
sedia ada kepada yang baharu. Anda pasti mendengar frasa “hari ini sepatutnya lebih baik daripada semalam”. Dalam merealisasikan sesuatu perubahan, kita sering mengharapkan perubahan itu berlaku berbanding berusaha keras untuk merealisasikannya. Kadang-kala dalam kalangan kita lebih suka 
mengekalkan status quo sahaja sedangkan dunia semakin berubah. Kita seharusnya menerima perubahan-perubahan ini dengan senang hati demi kecemerlangan.

Dalam   bidang   pendidikan   khususnya,   perubahan   akan   terus berlaku 
kerana bidang pendidikan itu adalah dinamik.  Kurikulum sentiasa sahaja mengalami perubahan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Misalnya, amalan MS ISO 9000 yang suatu ketika dahulu hanya diamalkan dalam sektor korporat kini mula digunakan dalam organisasi pendidikan. Begitu juga dengan penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengisian markah secara online mula diperkenalkan di sekolah-sekolah. Kalau kita renung dari mula kita bersekolah hingga 
kini terlalu banyak perubahan yang berlaku.


6.1.1Strategi Perubahan

Antara strategi perubahan yang berlaku dalam organisasi ialah:


•         Strategi Kekuasaan

Pihak pentadbir akan   menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa ahli-ahli di bawahnya mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.   Misalnya, penguatkuasaan waktu masuk kerja dan balik. Pelbagai kaedah digunakan seperti kad perakam 
waktu atau cap jari (thumb print). Bagi memastikan peraturan ini diikuti, konsep ganjaran dan tindakan disiplin diamalkan.

•         Strategi Pujukan

Dalam melaksanakan strategi ini, seorang ketua harus memiliki kemahiran interpersonal  bagi  menyakinkan  kumpulan  sasaran  atau  ahli-ahlinya. Setiap perubahan yang ingin dilakukan perlu dirancang dengan teliti dan dapat diterima 
oleh mereka. Misalnya, amalan penjimatan penggunaan kertas atau elektrik dalam 
organisasi. Memang tidak ada paksaan untuk melakukannya. Jadi, kejayaan dan pengamalan budaya ini bergantung kepada sejauh mana seorang ketua
sebagai agen perubahan berjaya mempengaruhi orang bawahannya.

·         Strategi Pendidikan Semula

Sebagai ketua, beliau harus mendorong kumpulannya melakukan refleksi atau berfikir 
sejenak tentang tindakan yang telah diambil dan sejauhmana tindakan tersebut menemukan kejayaan dan kegagalan. Sebagai contoh, kita ambil kes yang sama seperti di atas. Ahli kumpulan harus membuat refleksi tentang implikasi mengamalkan budaya penjimatan kertas atau elektrik kepada organisasi itu sendiri. Banyak baik atau buruk ?

·         Strategi Memudah Cara

Dalam  kes  ini  kumpulan  sasaran    akan  menentukan  rancangan  yang dipilih oleh mereka dan agen perubahan akan menyediakan sumber- sumber yang diperlukan. Tindakan ini adalah untuk memastikan bahawa tiada sebarang halangan kepada kumpulan sasaran untuk meneruskan perubahan yang dirancang. Contohnya,   guru di kelas Pendidikan Khas Masalah Penglihatan memilih untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran  berbantukan  komputer  untuk  kemahiran  menulis;  maka pihak sekolah hendaklah berusaha mendapatkan 
kemudahan tersebut.

Analisis strategi pengurusan inovasi dan perubahan yang berlaku di sekolah tempat anda bertugas. Analisis strategi yang kerap diamalkan dengan 
menggunakan Plus, Minus dan Interesting.


6.2 Adaptasi Pelbagai Inovasi dan Perubahan Pendidikan


Seiring dengan perubahan masa pelbagai inovasi dan perubahan telah berlaku dalam sistem pendidikan di negara kita. Program yang dianggap sesuai pada masa dahulu, kini dilihat sudah tidak relevan lagi dengan perkembangan semasa. Dalam usaha membentuk rakyat yang mampu berdaya saing, maka dasar yang baru perlu diadaptasi dalam sistem pendidikan di negara kita. Amalan adaptasi itu merangkumi aspek- aspek berikut:


6.2.1 Latihan Perguruan

Pembentukan modal insan guru bergantung yang berkualiti bergantung kuat pada sistem latihan perguruan. Antara perubahan dalam latihan perguruan ialah menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru.



Perubahan dari Maktab Perguruan ke Institut Perguruan

·          Pada  tahun  2004  27  nama  maktab  perguruan  dan  1  English Language Teaching Centre telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru selepas dinaik taraf.
·          Pada  tahun  2005  Jemaah  Menteri  telah  meluluskan  27  Maktab Perguruan dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan dan B.Ed. pada 13 Julai 2005
·          Pada  tahun  2006  pengisytiharan  naik  taraf  Maktab  Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru. Pengisytiharan ini membolehkan IPG melaksanakan Program Pensiswazahan Guru seperti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR), latihan praperkhidmatan kepada guru sekolah rendah melalui Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL.
·          Pada tahun 2009 Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein telah mengisytiharkan secara rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)


Dari aspek pengurusan berlaku pemisahan fungsi antara IPGM dengan BPG. IPGM akan memberi fokus kepada latihan praperkhidmatan manakala BPG akan menumpukan fokus kepada urusan latihan dalam perkhidmatan. IPGM juga diletakkan di bawah penyeliaan terus KPM manakala BPG kekal di bawah penyeliaan TKPPM (Profesional Keguruan).



Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Dengan Kepujian

Program ini  dibuka  kepada  bakal-bakal  guru  ini  terdiri  yang daripada pelajar
 Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM). Pelajar ini dipilih oleh BPG berdasarkan 
beberapa temu duga dan ujian. Pelajar yang lulus peringkat persediaan sahaja akan 
ditawarkan untuk menyambung Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG.

PISMP adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan untuk melatih guru sekolah rendah yang berijazah di bawah sistem pendidikan kebangsaan. Program ini menawarkan 15 kursus di 27 buah IPGM. Program
 ini mula ditawarkan pada ambilan Jun 2005 kepada 2000 orang pelajar Mereka dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang ditetapkan sebagai prasyarat untuk mengikuti program  PISMP.  Secara  rasminya  kohort pertama  program  PISMP  ini bermula pada ambilan Januari 2007. Para pelajar akan dianugerahkan ijazah dengan kepujian setelah mengikuti pengajian sekurang-kurangnya 8 semester di IPGM

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan ketrampilan profesionalisme dalam bidang masing-masing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Sepanjang tempoh pengajian, pelajar-pelajar ini akan didedahkan dengan kurikulum yang akan membentuk insan guru yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

·          Bersifat   dinamik,   relevan,   futuristik,   responsif,   holistik,   dan bersepadu.

·         Konsep “the personhood of teachers” dan pendekatan humanistic akan diberi
 fokus

·   Aplikasi teori untuk membina insan guru yang dapat menangani cabaran sebagai pendidik.

·         Bersifat koheren  antara pengajaran  berkesan  (effective  learning)

dan pengalaman klinikal (clinical experience).

·         Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.


Kurikulum Pendidikan Guru yang digubal turut mengutamakan kemahiran insaniah dan pelbagai kemahiran yang lain. Perspektif global berkaitan dengan pendidikan juga diambil kira seperti Education For All (EFA), Education for International Understanding (EIU), Education for Sustainable Development (ESD), dan juga empat tonggak pendidikan UNESCO (Pillars of Education). Fokus hasil pembelajaran yang hendak dicapai sepanjang selama empat tahun pengajian adalah dari segi:

·         Etika Profesional

·         Pengetahuan dan Kefahaman

·         Kemahiran Intelek

·         Kemahiran Praktikal

·         Kemahiran Kebolehpindahan


·         Penghayatan dan Amalan Nilai


Program Pensiswazahan Guru


Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Staf Kementerian Pelajaran bertarikh 5 Februari 2007 telah meluluskan program PGSR di IPG menggunakan mod Latihan Pensiswazahan Berasaskan Sekolah (LPBS) dengan syarat guru mengikuti pengajian
di IPG pada hujung minggu atau cuti semester tanpa meninggalkan sekolah; mendapatgaji penuh; tidak dikenakan yuran pengajian dan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan di akhir pengajian. Program PGSR merupakan satu saluran utama untuk guru bukan siswazah meningkatkan taraf pendidikan ke peringkat  ijazah  pertama. Ijazah  yang  diperoleh  membolehkan  mereka
dilantik ke gerd DG 41.


Program Pensiswazahan Guru (PPG)


Pihak KPM bersama-sama dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah mencadangkan supaya semua guru yang layak akan disiswazahkan dalam tempoh RMKe-10 (2011-2015) melalui Program Pensiswazahan Guru (PPG). BPG telah dipertanggungjawabkan  untuk  menjadi  urus  setia  pada  peringkat  KPM bagi pelaksanaan program tersebut.

Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 16/2010 pada 29 September 2010 telah meluluskan Cadangan Pelaksanaan PPG di bawah RM Ke-10. Sasaran  KPM  
adalah  untuk  memastikan  bahawa  60%  guru  sekolah rendah dan 90% guru 
sekolah menengah adalah terdiri daripada guru- guru siswazah menjelang tahun  2015.  Semua  PPLD yang berumur di bawah 47 layak memohon dan mengikuti PPG. Dianggarkan jumlah guru yang akan mengikuti program ini hampir 100,000 orang yang terdiri daripada 8,686 orang guru sekolah rendah dan 91,171 orang guru sekolah menengah.

PPG mendapat tajaan biasiswa dengan ikatan kontrak dan menggunakan mod 
pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Tempoh pengajian akan memakan masa antara 
tiga tahun setengah hingga empat tahun. Pelajar-pelajar program ini ditempatkan di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) 40%, Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
40% dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta  (IPTS) 20%.  Penganugerahan  ijazah
akan diberikan oleh institusi pengajian masing-masing.
6.3  Kurikulum Transformasi


Dalam  bahagian  perbincangan  akan  berfokus  pada  Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah dilaksanakan pada tahun 2011. 
Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan 
transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, 
kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi
cabaran abad ke-21.Secara ringkas bentuk KSSR ini dapat dirumuskan seperti berikut:

·   Hasrat KSSR berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

·          Prinsip   KSSR   berasaskan   prinsip   KBSR   iaitu   pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan saksama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup.

·          Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

·          Memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira  dan  menaakul.  Pada  Tahap  I,  pengajaran  dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran
4M.

·          Diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

·        Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas yang melibatkan tigacabang utama iaitu Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran.

·          Dalam  memantapkan  kualiti  pelaksanaan  KSSR,  elemen  yang baharu 
telah ditambah iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

·          KSSR digubal dalam bentuk pernyataan Standard. Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.

·          Sistem  Pentaksiran  Pendidikan  Kebangsaan  (SPPK)  merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan kepada sistem yang lebih holistik. Komponen  PBS dalam  sistem  pentaksiran  kebangsaan merangkumi:

ü           Pentaksiran Sekolah

ü           Pentaksiran Pusat

ü           Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

ü           Pentaksiran Psikometrik


6.4  Sekolah Berprestasi Tinggi


Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan  cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa. Rasional penubuhan SBT adalah untuk mengangkat  kualiti  sekolah-sekolah  terbaik,  menghasilkan  murid cemerlang   dan   merapatkan   jurang   antara   sekolah   dalam   sistem pendidikan di Malaysia.

Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan SBT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran  
Malaysia (KPPM).  Proses  pemilihan  SBT  akan  melalui  tiga proses  saringan. Untuk  memahami  proses  saringan  itu,  anda  diminta merujuk laman web                         berikut: http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1288585406.pdf. Selepas melepasi proses saringan, pihak kementerian telah menetapkan kriteria yang diambilkira dalam pengiktirafan SBT iaitu:

·          Menunjukkan  trend  pencapaian  akademik  yang  menaik  bermula dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam.

·          Pencapaian  Standard  Kualiti  Pendidikan  Malaysia  (SKPM)  atau instrumen yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi.

·          Menerima   pelbagai   anugerah   di   peringkat   kebangsaan   dan antarabangsa.

·          Berjaya    melahirkan    personaliti-personaliti    unggul    (towering personalities)  
           yang  menerajui  kepimpinan  negara,  negeri, organisasi dan komuniti.

· Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara dengan menggunakan piawaian antarabangs
           seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA).

·         Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat.

· Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau pada peringkat antarabangsa.

·          Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi sama di dalam dan di luar negara dalam pemindahan kredit, kajian tindakan bersama, perkongsian kemudahan dan prasarana.



Ciri-Ciri Sekolah Berprestasi Tinggi

·          Pemimpin Sekolah di SBT mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam pengurusan sekolah. Mereka mempunyai autonomi dalam membuat keputusan: memilih kurikulum dan kaedah pengajaran, proses pemilihan serta penempatan semula guru. Pihak pentadbir juga harus menyediakan perancangan strategik dalam menentukan hala tuju sekolah pada sesi tahun berkenaan.

·          Guru Sekolah di SBT seharusnya boleh menyampaikan maklumat, mempunyai  akauntabiliti  dan  kredibiliti  dalam  proses  pengajaran dan  pembelajaran  di  sekolah.Penggunaan  kaedah  pengajaran yang berteraskan ICT dan hands-on. Mereka seharusnya membangunkan potensi yang pada murid-murid bukan sahaja pada peringkat sekolah atau negeri tetapi sehingga ke peringkat antarabangsa.

·        Murid di SBT harus mampu menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri. Mereka diberi kuasa autonomi untuk pembelajaran kendiri, mengendali dan 
menguruskan diri dan aktiviti sekolah.


6.5 Sekolah Bestari


Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi ledakan
zaman maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah. Secara ringkasnya ciri-ciri di Sekolah Bestari ialah:

·   Proses  pengajaran  dan  pembelajaran  akan  berpusatkan  pelajar, kesinambungan   dan   reflektif.   Kurikulum   di   Sekolah   Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, holistik, global dan terbuka. Amalan ini menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak-kanak maju mengikut tahap pencapaian masing-masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan keperluan pelajar yang berbeza-beza.

·  Sistem penilaian fleksibel ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal untuk belajar pada aras yang berlainan dalam mata pelajaran yang sama. Pelajar akan dibenarkan terus ke aras yang lain dalam mata pelajaran yang berlainan pada bila-bila masa. Dengan cara ini, pelajar kurang cerdas, yang biasanya diabaikan akan diberi perhatian yang sewajarnya.

·          Guru  digalakkan  untuk  membina  kemahiran  sosial  pelajar  dan menerap moral dan etika yang baik serta nilai patriotisme. Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan membolehkan penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan semula data yang banyak.





6.6 Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)


6.6.1Latar belakang

Bagi   memastikan   kualiti   pendidikan

di   institusi   pendidikan
meningkat secara berterusan pihak Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah memperkenalkan suatu mekanisme iaitu Standard Tinggi  Kualiti Pendidikan (STKP). Selepas dua pelaksanaannya berlaku penambahbaikan pada STKP. Kini, STKP dikenali sebagai Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Pelaksanaan 
standard ini memberi peruntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di in stitusi pendidikan (an adequate standard of teaching is developedand 
maintain in educational institutions).Pelaksanaan SKPM.

– Sekolah diperincikan dalam tiga dokumen iaitu:

·         SKPM 1 : Pernyataan Standard (PS)

·         SKPM 2 :Instrumen Pemastian Standard (IPS)

·         SKPM 3 :Rancangan Pemajuan Sekolah



Prinsip-prinsip SKPM

SKPM–Sekolah diolah berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

·          Sekolah  berupaya  dibangunkan  ke  tahap  yang  tinggi  secara terancang berasaskan potensinya.

·          Sekolah  bertanggungjawab  memperkembangkan  potensi  individu secara menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

·          Kepimpinan  sekolah  memainkan  peranan  yang  sangat  penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan.

·          Kemenjadian  murid  dalam  bidang  akademik,  kokurikulum  dan pembangunan sahsiah adalah petunjuk utama kepada kejayaan sekolah menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi.

·          Sekolah   sebagai   sebuah   organisasi   pendidikan   ditadbir   urus berdasarkan teori dan amalan pengurusan berkesan.

·          Proses pendidikan di peringkat mikro hendaklah berteraskan teori pembelajaran, kaedah pembelajaran berkesan dan berpandukan pengalaman dan pandangan pakar 
dalam bidang pendidikan.

·  Perancangan  dan  proses  membuat  keputusan  program-program pendidikan berasaskan maklumat dan fakta yang tepat.

·   Program-program  yang  dianjurkan  oleh  Jabatan  dan  Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran Bahagian dan Pejabat Pelajaran Daerah merupakan usaha-usaha yang selari dengan matlamat SKPM.

·         Sekolah berupaya menggunakan segala input yang diperuntukkan mengikut tatacara dan prosedur yang ditentukan.


6.7     Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

6.7.1  Latar belakang

Pada Oktober  2011,  Kementerian  Pendidikan  Malaysia melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Tujuan utama kajian semula
ini dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, 
peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.

6.7.2 Objektif

Pelan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu:

1.               Memahami  prestasi  dan  cabaran  semasa  sistem  pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkanperpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem.

2.                     Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.

3.                     Menggariskan     transformasi     sistem     pendidikan     yang  komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian  bagi  memenuhi  permintaan  baharu  dan  harapan tinggi  masyarakat,  serta  mencetus dan  menyokong  transformasi perkhidmatan awam.



6.8  Aspirasi Sistem Pendidikan

1.       Akses

100%  enrolmen  merentas  semua  peringkat  pendidikan  daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020.

2.       Kualiti

Negara  dalam  kelompok  sepertiga  teratas  dalam  pentaksiran antarabangsa  dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

3.       Ekuiti

50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar - luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang 2020.

4.       Perpaduan

Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian

5.       Kecekapan

Sistem   yang   memaksimumkan   keberhasilan   murid   mengikut peruntukan sedia ada.


6.8.1  Aspirasi terhadap Murid

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah berasaskan  aspirasi 
falsafah  Pendidikan  Kebangsaan  ke  arah menyediakan  pendidikan  seimbang  untuksetiap  murid.  Pelaksanaan pelan  ini  adalah merujuk  kepada    sistem  pendidikan  
yang  berprestasi tinggi bagi membina kemahiran khusus dan atribut kepada murid 
sebagai persediaan menghadapi cabaran pembangunan ekonomi dan globalisasi. PPPM ini telah menggariskan enam ciri-ciri utama yang menjadi asas aspirasi bagi setiap murid  di negara ini.

·          Pengetahuan

Di   peringkat   paling   asas,   setiap   kanak-   kanak   perlu   menguasai sepenuhnya  kemahiran  literasi  dan  numerasi.  Selain  itu,  penting  bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.

·        Kemahiran Berfikir

Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif.  Bidang ini kurang diberi perhatian,  menyebabkan murid     kurang berupaya  untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.

·         Kemahiran Memimpin

Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting.   Sistem   pendidikan   negara   akan   membantu   setiap   murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan  tidak formal  untuk  bekerja  dalam  pasukan  dan  mengamalkan  ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi 
dengan berkesan.



·         Kemahiran Dwibahasa


Setiap kanak-kanak   akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan  dan  bahasa  perpaduan  serta  bahasa  Inggeris    sebagai bahasa   komunikasi   antarabangsa   sekurang-kurangnya   pada   tahap minima. Dengan tahap
 penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan   bahasa   Inggeris   dalam   persekitaran   kerja.   Di   samping   itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari Bahasa
 lain sebagai bahasa tambahan.


·         Etika dan Kerohanian


Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.


·         Identiti Nasional


Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan 
untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang 
sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan.  Identiti  nasional  
akan  dapat  dicapai  bukan  hanya  belajar memahami   dan   menerima   kepelbagaian,   tetapi   juga   menghayati kepelbagaian.

6.8.2  Sebelas Anjakan Utama Untuk Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara.

Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurang- kurangnya  satu  daripada lima  keberhasilan  sistem,  iaitu
akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Kualiti menjadi fokus utama merentasi semua anjakan kerana kualiti merupakan dimensi penting yang perlu diberikan perhatian 
segera. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan   strategi   dan   hala   tuju   pendidikan.   Anjakan   yang   lain merupakan perubahan pelaksanaan dalam caraKementerian dan sekolah melaksanakan dasar sedia ada. Sama ada perubahan 
bersifat strategi atau pelaksanaan, semuanya menggambarkan anjakan daripada amalan semasa. Sebelas anjakan tersebut adalah :

Anjakan 1:  Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidika berkualiti bertaraf 
                   antarabangsa.

Anjakan 2:  Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan 
                   bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.

Anjakan 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.

                    Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
 
                    Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian 
                                     khusus berasaskan keperluan.

                  Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

                  Anjakan 8: Mentransformasi kebolehandan keupayaan penyampaian Kementerian.

                   Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas.

                 Anjakan 10:Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

Anjakan 11: Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara          langsung.


6.8.3 Urutan Anjakan Transformasi


Berdasarkan keperluan membina kebolehan dan keupayaan sistem pendidikan negara, Kementerian telah menyusun transformasi yang akan dilaksanakan dalam tiga gelombang; gelombang satu, gelombang dua dan gelombang tiga.

Gelombang 1 (2013-2015)

Kementerian memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan   mempercepatkan   perubahan   kaedah   pelaksanaan   program. Dalam tempoh pelaksanaan ini, tumpuan akan diberikan kepada kaedah peningkatan 
kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem, 
meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan melatih pengetua/guru besar, dan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia 
dan bahasa Inggeris dan numerasi menerusi program pemulihan yang intensif). Kementerian juga akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri dan daerah untuk meningkatkan kualiti sokongan yang diberikan kepada kumpulan barisan hadapan ini bagi membantu semua sekolah. Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian akan   memastikan   semua   guru,  
 pengetua/guru   besar   dan   sekolahmencapai  tahap  minimum  standard  kualiti 
 yang  dihasratkan.  Antara inisiatif Kementerian dalam Gelombang 1 adalah:


·          Meningkatkan  standard  pengajaran  melalui  bimbingan  guru secara
 khusus terutamanya dalam mata pelajaran teras (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains).

·          Mereka   bentuk   semula   soalan   peperiksaan   supaya   lebih menjurus kepada soalan kemahiran berfikir aras tinggi.
·    Mengukuhkan  kualiti  pendidikan  STEM  melalui  pengukuhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod (blended learning).

·   Melaksanakan  Kurikulum  Standard  Sekolah  Rendah  (KSSR) Bahasa Malaysia SJK yang direka bentuk untuk murid yang bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia.

·          Mengukuhkan   penguasaan   kemahiran   berbahasa   Inggeris melalui pengujian dan  latihan  semula guru,  memperluas LINUS, dan menyediakan sokongan pemulihan serta model pembelajaran pelbagai mod (blended learning).

·          Melaksanakan     1BestariNet     ke     semua     sekolah     untuk mengintegrasi ICT dalam pembelajaran harian.

·   Melaksana  Program  Transformasi  Daerah   dengan  tumpuan kepada sekolah berprestasi rendah termasuk murid berkeperluan khusus untuk memacu prestasi sekolah.

·      Merombak  IPG  dan latihan  praperkhidmatan  dan  meningkatkan standard kemasukan bagi guru baharu.

·   Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar yang berdedikasi untuk sekolah Band 5,6 & 7 dan mengukuhkan kriteria pemilihan untuk  pemimpin  sekolah  bagi meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.

·  Mentransformasi  Kementerian  dengan  meletakkan  pemimpin terbaik  untuk menerajui jawatan penting di JPN dan PPD  bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian.

·          Meningkatkan  enrolmen  prasekolah  dan  sekolah  menengah melalui
 kempen galakan enrolmen, lebih pelibatan ibu bapa, dan program vokasional yang lebih baik.

·         Mengukuhkan   praktikum   dalam   program   vokasional   melalui

peningkatan kerjasama dengan sektor swasta.
Gelombang 2 ( 2016-2020)

Dalam tempoh Gelombang 2, Kementerian akan melaksanakan perubahan
 struktur sistem pendidikan negara untuk mempercepatkan perjalanan perubahan
(rancangan untuk semua inisiatif akan bermula semasa Gelombang 1). Perancangan
 ini melibatkan pergerakan kesemua 410,00  guru  dan  10,000  pengetua/guru  besar  
kepada  pakej  kerjaya baharu, penstrukturan semula Kementerian, JPN dan PPD 
untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang 1, dan
memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disemak semula dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.

·  Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan semula bagi meningkatkan standard  kandungan dan pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa.

·  Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM melalui kempen dan kerjasama.

·        Merintis  pilihan  program  untuk  meningkatkan  pendedahan kepada bahasa Inggeris, dan mengukuhkan penyediaan bahasa tambahan dalam usaha menambah baik penguasaan  kemahiran bahasa secara menyeluruh.

·         Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti kumpulan peribumi dan kumpulan minoriti lain, pintar cerdas, dan berkeperluan khas.

·          Memacu  inovasi  ICT  khususnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah kendiri.

·          Meningkatkan  bimbingan  dan  sokongan  kepada  guru  bagi penambahbaikan penyampaian pengetahuan, kemahiran, dan nilai merentasi semua aspek kurikulum dan kokurikulum.

·          Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi serta  memantapkan  laluan  kerjaya  guru  untuk  mencergaskan semula profesion keguruan.

·          Mengukuhkan    bahagian    utama    Kementerian,    menyusun semula peranan Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan pelaksanaan.

·          Memperoleh    akreditasi    antarabangsa    dan    memantapkan kurikulum program matrikulasi sebagai persediaan murid ke universiti.

·         Memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui perjanjian

pelaksanaan dengan pembekal pendidikan vokasional swasta.



Gelombang 3 (2021-2025)

Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.  Oleh  itu,    Kementerian  akan  memberikan  tumpuan  kepada meningkatkan  keluwesan  operasi  untuk  memupuk  budaya  kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional.
Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan 
berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi 
dalam pengajaran. Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sistem 
pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.

·          Meningkatkan     inovasi     dan     pilihan     bagi    meningkatkan penguasaan   kemahiran   dalam   bahasa   Malaysia   dan   bahasa Inggeris secara berterusan dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk mempelajari bahasa tambahan.

·      Melaksanakan   program   dan   inovasi   ICT   bagi   kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan.

·    Memupuk   budaya   kecemerlangan   profesional   keteladanan rakan setugas, iaitu guru dan pemimpin sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard profesional.

·          Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan bagi kebanyakan  sekolah yang  layak,  sekiranya  tidak  kepada  semua sekolah.

·         Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan transformasi melalui 
pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai Kementerian.


·   Mengkaji  semula  penstrukturan  sekolah   untuk  menentukan sekiranya wujud keperluan untuk mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan.


Rumusan

Inovasi dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan mempunyai matlamat untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Sebagai pengurus dan pendidik, mereka harus memahami peranan   dan   bersedia   dalam   menghadapi   perubahan   ini.   Hal   ini disebabkan inovasi dan perubahan akan memberi implikasi dalam setiap aspek program pendidikan yang dilaksanakan. 

Perubahan ini juga akan meningkatkan kualiti modal insan guru yang dihasilkan. Sebagai panduannya, Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia akan mengawal hala tuju perubahan yang berlaku.